Tuesday, 10 May 2011

Hari Paling Malang?

Bangun pagi dengan semangat yang membara. ada janji untuk dilunaskan. ada target untuk dicapai. but then, bangun lambat, dah la ada 2 paper hari ni. 
still, semangat tak luntur. 
on komputer, bace lecture note sampai buntang. aktiviti yang menarik sambil dengar background music alarm budak2 yang baru nak bangun pagi berkumandang dengan rancak. berkokok sampai aku pon pressure. 
still, semangat tak luntur.
siap2, nak pakai baju baru perasan baju aku dah dekat 3 minggu tak basuh. sarung jaket kepam aku, tak nak kena tahan pnye pasal (collar issue). stoking pon bau cam haram, sarung je. takde sape nak bau pon.
sampai hall, carik seat yang bernombor 14, duduk sambil buat muka confident, nak tunjuk kat member yang aku study gak.bila nak tulis exam detail baru aku perasan yang nama aku dah bertukar jadi AHMAD HILMI BIN RAZANI. kejadah. haram sungguh.
hati mula membara.
keluar hall carik mila, dia tersengih mintak slip, aku pon bagi je malas nak tanye banyak. berlari carik slip kat kereta emas aku. tak ade. drive laju2 balik bilik,carik kat sane gak. TAK ADE. 
kerusi Dhiyyaz jadi mangsa hati yang tengah membara.
balik hall, jumpa guard. carik lecturer. 'sorry dik, kalau tak de slip, tak boleh ambik paper'. huh,birokrasi. walaupun aku senyum time tu, aku rase nak buat je mamat tu macam aku buat kat kerusi Dhiyyaz. Pergi registrar, ambik slip baru. tunggu haram jadah punye lama, kena jugak bayar denda rm5.
dah dapat slip baru baru boleh ambik paper. orang tengah jawab soalan, aku marathon keliling UTP. macam sial.
tapi salah aku gak suruh orang letakkan slip aku kat bilik. bukan die tau nak letak elok2 pon (aku harap sangat die bace benda ni).
nasib baik paper boleh tahan.
petang menjelang. paper kedua untuk hari ni. DE. sem lepas, ni la subjek yang paling ramai budak fail dalam pengetahuan aku. 
dan ending dia aku rasa semua budak UTP dah tahu, paper gampang haram susah. walaupun passing mark CUMA 50, aku rasa aku sekarang diambang ke-fail-an.kalau aku fail, aku harap semua budak batch aku fail gak. baru best belajar(alasan tak nak segan).
harap2, badi ni berakhir kat situ je.tak nak aku lalui hari yang begini fucked up lagi sekali.
pengajaran die, jangan study last minit. jangan suruh FLOP letak exam slip, n beli je exam slip banyak2 takut benda ni jadi lagi. kalau hilang jugak, sesungguhnya anda seorang yang bebal.
=]

6 comments:

izwan said...

sumpah terbaik FLOP! :D

gori said...

nature flop kot...

Anonymous said...

weyh..
aku x bersalah kot..

gori said...

x brani letak nama ke bang...hahaha

izwan said...

kantoi FLOP. :P

.aizat. said...

patot ah kurus jer kau ptg tuh gori.struggle ngn slip rupanya. HAHA.

Post a Comment